Monday, December 12, 2011

BUKAN HAK, tapi tanggungjawab bahagian empat

assalamualaikum wa marhaban bikum?
masa al khoir?
masa an nur....
ape story hari ni?
aku off day esok:):(
baru cuti da dapat cuti lagi...hmmm....
takpe lah.redha,huhuhu
harini lepas je solat isyak aku dah blur tatau nak buat apa...belek la world wide world ni ha...
(eh yeke www tu world wide world??)
ohh world wide web!hehehhe
SURFING INTERNET LA!
haaaa.....tersentap la bila bukak satu blog ni....terbakar la kirenye...
kalau dulu2 baca memang haangus la badan aku ni rasenye.SENTAP
BTOL la alasan-alasan muda mudi cerdik lagi hebat tahap mega skrg ni.
huhu....jap jap..lap airmata jap.sedih dengar lagu LARA LAGI-adira.
hahahah merepek lagi ni!
ok pasal entry empunya blog tu la...
alasanya aku dah biasa bagi,dan dah biasa dengar dari org.
tapi jawapan kepada alasan tu menakutkan dan aku teramat terlepas pandang.
INDAHNYA ISLAM kalau kita hayati.
emmm aku nak print skrin tapi xleh pulak.copy paste je lah untuk korg oke?



1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.


2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."


3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.


4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?


5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?


6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.


7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?


8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.


9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.


10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?


11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.


12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.


13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.




gitewww kopes*(copy paste) sejibik sebotol!


haihhh....aku selalu ohh konon2 ada pendirian untuk tetap tak nak jugak pakai tudung konon tak suka org judge aku ni pakai je tudung tapi jahat.common la..apa lagi yg leh jadikan bukti kita ni islam pada first impression selain dari HIJAB?memang i.c tu terpampang dkt dahi aku kan.warganegara malaysia.agama islam.some of my fren ada cakap,bila kita ni pakai tudung,tutup aurat, so that puasa,solat,ilmu yg kita as perempuan ni ada boleh dikira sebagai ibadah lengkap bila aku praktikkan.
diterima atau tak tu bukan urusan kita.
tapi mencuba yang terbaik tu wajib bagi kita kan?
apepun skrg ni,aku just sharng je dgn korg sambil tolong2 sape2 yang mcm pernah pasang niat nak pakai tudung tu..jangan malu,go on dear!....dulu aku pernah kan nak pakai tudung tapi alasan bodoh mcm kat atas ni slalu aku gunakan.LAME.
ruginye menjadi bannie yang dulu.
tapi kalau takde dulu,takde lah sekarang.
aku cuma berdoa pada Allah supaya panjangkan  umur aku ni untuk aku boleh bayar balik ibadah aku yg dah 19 tahun terlopong2 tu.
dulu aku suka org assume aku ni budak baik.
baiklah si bannie ni,even free hair,tak betol sikit,tapi bab agama excellent jugak ek!
kenapa takde yg tegur aku baik2 ...free hair tu bla bla bla..bla bla bla,.,,
astarghfirullah...:(
untuk readers yg rase u guys ni senasib dengan aku...start ur first step oke!
:)
wassalam.
p/s:for those yg rase entry aku masih annoying sbb ala2 ustazah or artis gila yg dah balik ke pangkal jalan....im sorry...aku just sharing sbb aku tau ada yg kat luar sana senasib dengan aku.
al-Fatihah buat keluarga sahabat aku, SALINA...ayahnya kembali ke rahmatullah semalam...:(

11 comments:

liza said...

alhamdulillah adik! u look pretty with ur hijab~! :)

Eesome said...

alasan no.13 tu...haih. byk kali terdengar

afifahahmad said...

tahniah bannie :)
smoga hijrah ni berterusan :)
may ALLAH bless u..
takziah buat salina..
smoga dia tabah :')

bannie said...

tu la qells!selalu gak aku cakap mcm tu.ciss teruk lah!
pipah: i hope so pipah:)

melankolia said...

thanks for the info (nak comment gak)

bannie said...

oli gedik ye...nice info nice info...tu komen pemalas tu,huhuhuhu

jah said...

Bannie, anda kelihatan manis sekali dengan peribadi yang sederhana dan kadangkal agak introvert ya!

bannie said...

huhuhu...introvert ke=,=

No name said...

i read this ready.. tq.. Insyaallah yunk..

No name said...

i read this ready.. tq.. Insyaallah yunk..

No name said...

i read this ready.. tq.. Insyaallah yunk..

klik klik:)