Tuesday, December 27, 2011

report tidak resmi ke pulau tuba,langkawi

assaamualaikum...
hamboih...bersawang lebah noo blog cek ni:)
apa khabaq???
al-maklumlah cek baru balik dari utagha:)
hehhehehehe...
bak kata harits,aku ni muka anak mami tapi cakap utara terbarai...heh!!!
word paling best!
CIWI=excited
contoh ayat yyang aku selamba guna:
hang toksah ciwi-ciwi sangat na!!
ahahahha..comel kan!ciwi-ciwi ceciwi!
hahahhahahahaha




ok ok aku nak buat report tak resmi ni.
lawatan selama 3hari dua malam di pulau tuba,langkawi :)
23-25 disember 2012.
before bertorlak tu aku jumpa sat dengan kawan aku:)
my two moon:)
we ate prosperity McD:)


bertolak pada 22/12/2012 jam 9.30mlm.
tiba di jetty KUALA PERLIS jam 8.30 mcm tu lah...(aku tidoq,mamai tak tengok jam)
sepanjang jalan tu bukan main lagi....setiap RnR rase nak makan je...ish ish..
dari jeti kuala perlis terus menaiki feri ke langkawi.
perjalanan 1 jam lebih membawa aku dibuai mimpi...
kur...kur...KROOHHH krooohh..
ish mintak2 takdak org dengaq naaa=.=

ha...tu dia gambaq bukan mainn naa!
segar je kan konon2 dah wangi la tu!
hahahahah,,,dalam hati tu,cepatla sampai boleh mandi segarkan badan yg dah macam macin ni!heeee~
after that sambung naik boat ke pulau tuba,tak jauh pun,around 10-15 minit dah smpai.
mak aihhh....depa sambut dengan paluan kompang!
terharu dan mengharukan lalu terharui sangat!!!
|stop mrepeking!|
hmmm....lepas je kami semua disajikan dengan kompang,kami dibawa ke dewan org ramai...
disajikan pula dengan MAKANAN
awesome/!!!
cucur badak bulan yg crab ball look alike tu sangat sedap!!!
kuih talam yg macam crab stick wasabe tu pun nice gila!!!
tak dapat disiniii....hanya di tuba wohhh!
then sesi penyerahan anak angkat.'
ohh homestay kan....so aku dapat mak angkat yg gojes!
busy woman sebab urusetia homestay la kiranya,puan salina:)
kami ada 7 beradik...
huhuhu...semua kecoh havoc!
kepalanya kak EchaMPP:)
hehehehe....kitorang bangun subuh pun gelak,malam buta pun gelak.
hhappening kepala je!!!
|ok then kitorang dah check in dkt uma mak angkat masing2,ptg tu buat aktiviti sikit,melawat pesisir pulau tuba...tengok suausana kampung nelayan...then ke gua kelawar,perh cramp weh kaki aku!
lastly pegi tengok pokok getah 16 cabang..
besarnya keunikan ciptaan Allah kan!







habis je aktiviti yang memenatkan tapi enjoy ni...mlm tu kami semmua ada aktiviti bebas a.k.a takde aktiviti..
so sape yg rajin tu ada yg pergi pantai...
jalan2 keliling pulau...
aku dgn adik beradik angkat yang laen dok uah main congkak...
sebab jap lagi staff Hal Ehwal Pelajar nk mai umah kami:)
En.Baharim selaku timbalan Rektor HeP telah mengiringi staf2 nye:)
mereka disajikan dengan keropok lekor utara...huhuhu...
siap ada yang main congkak tau!

ha yang tak menahannye kami da bosan kot time tu sampai ramai2 pakat tengok cte sundel bolong.
ohh man1tu cte dah lama dan seram!
tapi once tengok ramai2 sumpah gelak terbahak2!huhuhu


the next day(24dis2011)


bangun pagi2 selesai je solat subuh kami semua mandi then siap2 untuk island hopping:)
the best activity!!!
kami menaiki boat dan explore pulau2 epanjang langkawi...wuhuhhuhuhu....seronok!
tengok eagle feeding,bukit mengandung seterusnya ke dayang bunting...
aku mandi2 la kan...
ha before tu singgah sejam di pulau beras basah.
diorang mandi2,,aku tak pun.sbb pakai lawa2 kan.
kononnye!
sampai dekat tasik dayang bunting,ha!!
apa pun tak boleh la...
gua terjun jugak!huhuhuh

ha....konon2 taknak mandi,last2 terjun!


dan inilah keindahan ciptaan Allah:)
unik kannnn!
subhanallah:)

habis terlompat2 naik boat...dah basah2 tu...mesti la lapar kan!
kitorang lunch ala2 picnic bersama REKTOR kampus UiTM alor melaka iaitu 
PROF.MADYA DATUK DR. MIZAN BIN HJ HITAM
he always be sporting and down to earth.
sesi sukaneka di pesisir pantai  pun beliau ada.
aku taknak mengulas pasal aktiviti sukaneka sbb aku dah buat zarf mati separuh nyawa dengan permainan upih tu!
heh!soryy dude!
aktiviti malam haruslah enjoy gila!
BBQ and karaoke plus persembahan setiap biro.
Biro Disiplin TERBAIK LA!!!!
HAHAHAHAHA....
tak lupa jugak lakonan kontroversi oleh Biro Dewan Dan Protokol:)
end.

last day 25disember2011.
hari sedih!
kena balik dahh....sob sob...
pagi tu gotong royong memasak bubuq kacang...
mmg kami(siswi ) saje xmau tolong mak angkat2 masak sbb nk bg peluang dekat siswa..
hahhahaha...
tengahari tu sempat tau kitorang gi majlis oerg kawen dekat kampung tu!haaa...
:)
kerabu tu pedas seddap gila!
rugi pulak aku tak makan...haihh:(
rasa sikit je...
okay masa yang paling sedih ialah bila balik uma...
lepas makan tengahari,
siap2 nak ke jeti untuk amik boat ke jeti langkawi...bergambar dengan atok,mama dan abah...awwww...
:(
mereka awesome!!
kami siap dapat pinggan cenderahati lagi tau!
tapi ada satu group ni mak angkat depa bagi ubat gamat.
fuyooooo:)
terbaik!
ohh adik beradik angkat!
kak echa,hana,kak fara,mar,faezah,erlie!
love you all!


pose selepas makan gula2 hantu !biruuuuu=.=
sampai di jeti langkawi dalam jam 3 ptg kot then kami terus buat hal masing2 yakni shoppping!
apa lagi,naik van sewa,1 van rm12 untuk ke pekan kuah.
HAJI ISMAIL GROUP!
faint!!!!1
aku borong coklat la kan apa lagi...
satu penyesalan dimana aku tak beli daim sbb dkt hsji ismail dah hbs so aku borong london WHITTAKERS la...huhhuhu...then dah over budget sedangkan gaji lagi seminggu,bila nampak daim dekat kedai lain,aku hanya pandang kenyit2 je.huhuhu
takpe,...yang belambak ni pun dah kira bersyukur kan:)
jam 7malam iaitu feri terakhir.
kami kembali ke kuala perlis...jeti kuala perlis.
seterusnya kerumah Tasha, di simpang empat,perlis.
makan kenyang2!!!
huhuhuhh...i like!
mentarang tu first time aku makan.
not bad
!!!sedap wooooohoo!!
around 11p.m baru gerak semula ke selatan...
ha,banyak sangat berenti sampai 12jam perjalanan pulang ke melaka.
aku pulak kena amik bas balik ke batu pahat.
ohh kerepot punggung aku ni!
hehehhehehe...
apa pun...trip ni BEST!
syukur Ya Allah kerana memberi keselamatan yang baik sepanjang perjalanan pergi dan balik.
ALHADULILLAH.
esok KERJA.
demmmm=.=

bersama Rektor kampus

di pulau apa ntah,singa kecil kot kalau tak silap aku.

p/s: entry panjang sebab cover 4-5 hari punya cerita,hehehehhe
        selamat membaca.sorry panjang sangat.

2 comments:

pretty said...

mcm x cukup panjang je banie... hehehehe....

bannie said...

kan?banie rasa kne tambah lagi ni:)

klik klik:)