Thursday, December 15, 2011

BUKAN HAK, tapi tanggungjawab bahagian lima(5)

assalamualaikum.
greetings.
salam sejahtera.
sesungguhnya bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurni-Nya dapat kita sama2 meng-onlinekan diri untuk menambah lagi ilmu didada ini.
untuk mencari pengalaman,serta pembelajaran baru yakni pembelajaran yg positif ye anak2...
AHHH SUDAH....merepek.???
tehehehhheeee....
gelak pun gelak gak,terpandang telekong yg tergantung tu terus seram.
MALAM JUMAAT non....hadoii...
=.=


cakap pasal telekong teringat lah aku kesah semalam.
yela aku tak nak la tapis2 santan kelapa parut kat sini.
okay smlm kire 1st time la aku g solat time waktu kerja lps peristiwa 11muharam(for those yg follow 4 entry sebelum yg ni tau la).
sebab  baru habih bulan gerhana mengambang kan.diam!
hmmm...jam masuk lah pukul 2ptg aku masih terpikir macam mana ni,,
surau takde dekat square one ni,yang hade dekat carefour.
tak jauh tapi makan masa...nanati kalau bos datang then aku takde,dah satu hal...aku pun menanye la dekat staf lama kan...katanye kalau nk g solat kena gak la punch out sebab juh jugak kan.ala2 doploh menet la gak..then aku pk takkan nak punch dua kali ek untuk zohor dan asar?
*ok lah xpe buat ajaran sesat la,hari2 jamak qasar la...
TETTTTTTTTTTTT.....
kau gilaa?????
heh,,,tak la...so aku decide la,dalam 3.45ptg punch out sampai asar.so around an hour la...
takpe la biar hilang gaji 1jam tu..
okay so aku pun terkeseng-keseng la pergi surau...naik escalator,then tembus terowong,naik LRT,turun bas then sampai....
OKAY BOHONG.jalan kaki ye!
habis solat zuhur tu ada dalam 20menet lagi so that aku xtau nak buat apa.
kalau tido nanti kang bukan setakat terlepas asar!terlepas berjam2 punchkad tu!
dushhh!!U ARE FIRED fatin!
nampaknye jawapan depan mataa dan Allah ternyata membuka satu  lagi jalanNYA untuk aku mendekatiNya...
AL-QURAN yang dah erhabuk tersusun senget benget,,
ye!di akui sangat lepas habis SPM aku tak pernah mengaji.
dua tahun.
SAD,THAT WAS ME.
KALAU setakat pegi ujian bacaan dengan hafazan dekat kampus tu ada la,tapi korg faham tak yg betu2 ikhlas tu...TIADA.DUA TAHUN.
=(
menggigil.
YA ALLAH.MOGA AKU MASIH LANCAR MEMBACA KALIMAH2 SUCI MU.
akuy mulakan dengan ummul KITAB.
seterusnya terus ke surah al-BAQARAH ayat satu.
ALIFF LAMMM MIMMM...
sebak dada ni...
lama sangat aku tinggalkan.
ALLAH TETAP bagi peluang pada hambaNYA .subhanallah AGUNGNYA ALLAH...
sebak lagi...
aku teruskan lagi ke ayat2 seterusnya.
sampai mukasurat sebeah...airmata ketakutan ini jatuh.
jatuh dan jatuh.
suara meggeletar sebab rindukan keindahan Allah yang satu ni.
aku buta hati kan dulu?
aku membaca hingga ayat seterusnya dan seterusnya hingga sampai waktu asar.
aku berhenti dan membaca doa .ALLAHUMMAR HAMNA BILQURAN..
Ya Allah jujur aku rindu semua ini...
ALHAMDULILLAH.
aku rasa bertuah kerana masih ada peluang aku beribadah.
insyaAllah AL-QURAN akan menemani kubur matiku sebagaimana aku jadikannya peneman waktu zuhurku.
habis solat Asar,,,ada sorang kire2 macam budak a..mcm aku.
17-20 maybe umurnye.
FREE HAIR.baju agak seksi...bawa beg telekung then tanya aku.
'dah masuk Asar kan?'
ALHAMDULILLAH...
nak solat jugak..
aku teringat...tu lah aku dulu.
kalau nak singgah solat dekat mall pun tak pakai tudung.
masuk surau org pandang pelik.
then aku yg bodoh ni pk
"alamak tak payah pandang...org bertudung pun belum tentu solat,aku ni freehair tapi jejak jugak la surau.."
apa tu???
MALU.


dulu aku malu nak beribadah.
sekarang aku malu sebab MALU aku yang dulu.
sekarang aku betul2 MALU.
TAK FAHAM TU BUAT2 FAHAM.
ADA MAKSUD TERSIRAT.



Terjemahan hadith


Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW
telah bersabda: Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu. (Hadith riwayat al-lmam al-Bukhari)

Pokok Perbincangan Hadith 40:20 - Sifat Malu


1) Malu- akhlak para nabi Allah & malaikat (warisan para nabi).
2) Makna suruhan dalam hadith :

- Suruhan sebagai tahdid (kecaman) - dibayangkan balasan dunia @ akhirat.
- Suruhan terhadap perkara yang harus - pilihan (buat/tak buat).
- Suruhan sebagai pilihan - sifat malu sebagai bentengnya.(dalam perkara maksiat).
3) Malu terbahagi dua :
- yang boleh diusahakan - mengenal Allah - merasai muraqabah Allah.
- yang tak boleh diushakan -fitrah yang diberikan Allah kpd sesiapa yang dikehendaki(kebaikan).
4) Malu yang dicela - yang tidak menepati syarak: malu bertanya tentang agama/ beribadat dalam
keadaan jahil.

Pengajaran hadith


Malu adalah salah satu sifat utama seorang mukmin kerana ia adalah sebahagian dari lman. Malu tidak menghasilkan sesuatu kecuali kebaikan. la menjadi perisai daripada melakukan banyak perkara jahat.

Sejarah membuktikan bahawa nafsu manusia tidak terbatas dan tidak pernah puas. Hanya dengan sifat malu, mereka mampu membendung dan menjurusnya ke arah kemuliaan.

Malu sejati ialah malu yang didorong oleh perasaan lman kepada Allah.

Malu melakukan kebaikan adalah malu yang tercela dan dilarang seperti malu menutup aurat, malu mengerjakan ketaatan kepada Allah atau malu bertanya perkara yang tidak diketahui.

| KOPES[COPY PASTE SEBIJIK-SEBIJIK] |


REFERENCE(MACAM subjek BEL part3...hahaha)
penerangan malu


wassalam.
sedang memperbaiki diri,insyaAllah.
p/s: aku happy

10 comments:

Eesome said...

aku terpaksa mute kan sound sbb nak betul2 kusyuk baca entry kau banie. walaupun aku xde la sampai 2 tahun x baca al-quran, dlm sbulan 1-2 kali je...kena tambah lg, kalau boleh hari2, InsyaAllah :)

bannie said...

xpe mute la,kau dgr dkt walkman je lagi...(hahaha jahiiahnye walkman.)
aku ni mmg dummies sikit...huh....
i will keep it up up!
sebab nak tunggu asar tu xde buat apa baik mengaji kejap kan.

Eesome said...

adoi...ayat ayah aku,"petang2 jgn tido, baca al-Quran"...

bannie said...

aku rase hikmah jugak keje ni...kalau kat rumah maybe lalai jugak.
haah ptg2 xbagus tido tapi BEST.
SYAITON

Eesome said...

mungkin aku pun kena keje jugak ni drpd tanam anggur je kt rumah...KERJA!

bannie said...

kau xpyh kije..aku ni anak 10 org.nk carik nasi untuk anak2..(padahal handbag dgn kasut baru tu da melompat2 mintak owner..hahaha)

melankolia said...

lagu2 kau telah membuatkn aku bace hampir setengah jam x habis2.. x boleh focus lah bani :D

bannie said...

aku akan tukar lagu:)

liza said...

alhamdulillah..xpe adik..ALLAH 2 bannie..sbb 2 die bg peluang kt bannie tok bace al-quran semula..DIA bg kt kite hidayah 2 itu dengan pelbagai2 cara..n rezeki itu pasti ade..yang penting..we must put faith on HIM..
-note tok sy dan bannie juga-

bannie said...

i believe on qada and qadar.
once Allah dah decide untuk kita,takde yg boleh halang seuatu tu dr jadi.
same goes to me...mungkin 2tahun bannie buta hati,but HE had decide something good for me,SO there is no reason for me to estroy all of it.
ALHAMDULILLAH

klik klik:)